Showing posts with label BM. Show all posts
Showing posts with label BM. Show all posts

Friday, July 17, 2009

Masih Cinta

Tik tik tik waktu berdetik
Tak mungkin bisa kuhentikan
Maumu jadi mauku
Pahit pun itu ku tersenyum

Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu

Tik tik tik air mataku
Biar terjatuh dalam hati
Mauku tak penting lagi
Biar kubuat bahagiamu

Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku yang masih cinta

Kamu tak tahu hancurnya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku yang masih cinta...

Friday, May 8, 2009

DOA CINTA

Ya Allah
Seandainya telah engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi

Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari bahtera hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah
Seandainya telah engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku Ya Allah
Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agar aku boleh bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya

Dan Ya Allah yang tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini

Ya Allah
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di Akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
Jangan Engkau biar aku sendirian
Di dunia ini mahupun di Akhirat
Menjurus aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh

AMIN

Erti Cinta Sejati

Erti cinta sejati ni sebenarnya tak jelas. Seperti air yang mengalir tanpa penghujung yang pasti.
Itulah cinta sejati. Tak siapa tahu dan kita tak boleh wujudkan dengan sendiri cinta sejati tu, sebaliknya cinta sejati yang mencari siapa yang layak menerimanya.

Jadi kalau kita berusaha sedaya upaya mencari pasangan hidup, kita tak boleh patah semangat kalau target kita nak cari cinta sejati, sebab cinta sejati tu akan datang dengan sendiri kat mana pun kita berada seiring usaha yang kita lakukan.

Pernah tak cuba travel jauh dengan harapan nak jumpe somebody, tapi end up balik rumah sendiri juga. Atau pun dengar cerita tentang pelarian cinta. Seseorang yang cuba melarikan diri daripada menghadapi cintanya, menyeberang lautan pun telah dilakukan dengan tujuan dia dapat melupakan dan menghindari cintanya. Tapi akhirnya semakin kuat usaha yang dilakukan untuk menghindar, semakin dia tidak dapat lari dari cintanya. Tetap disitu dan masih disitu. Entah mengapa? Persoalan yang tiada jawapan.

Sebenarnya yang dinamakan jodoh tu, tak ke mana. Ditakdirkan Allah waktu jodohnya sampai,
nak kahwin.. kahwin la juga walaupun di debat atau dibantah. Tapi kalau bukan jodoh, sayang macam mana pun, bercinta la bagai nak rak..pisah juga. Walaupun dah nikah, kalau yang namanya jodoh tak panjang, bercerai juga. Jadi walaupun kita telah bernikah mungkin pasangan kita tu masih belum jodoh kita yang sesungguhnya.Begitulah kehidupan, samada kita suka atau tidak, yang telah ditentukan berlaku akan tetap berlaku.

IN SEARCH OF MEANING TRUE LOVE~CINTA SEJATI~RE-ESTABLISH CONTACTS~BEING IRRESISTIBLE © 2008 Por *Templates para Você*